ASSALAMUALAIKUM.....

SELAMAT MENJENGAH KE BLOG NUR KASIH
Click here to get more from MasterGreetings.com
Buat insan2 yang sudi singgah di blog ini... saya ucapkan jutaan terima kasih.... tapi kalo sudi. tggllah jejak supaya saya leh follow blog kalian...... tq......

kalau sudi......... jom lah follow aii......

Selasa, Mei 17, 2011

~Kemaruk Harta ‘Bathil'~


   
   

Kemaruk Harta ‘Bathil'
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman


big-money-bag1


Mengumpul dan memperbanyakkan harta, pangkat, kuasa dan pengaruh adalah salah satu dari sifat biasa manusia. Kita sukakan harta disebabkan manfaat segera yang boleh dinikmati darinya. Sama ada harta tersebut dalam bentuk wang tunai atau juga aset seperti kenderaan, tanah, rumah, saham dan sebagainya.
Dalam pada itu, terlalu ramai manusia yang menjadikan harta dan wang sebagai objektif utama dalam kehdiupannya. Mungkin pada asalnya niat berkerja dan berusaha adalah untuk kehidupan, namun ramai juga yang dalam proses pencarian itu, mereka terpesona dengan kenikmatan segera dari harta ini, lantaran itu kehidupan mula berubah dan tindakan mereka juga terkesan.


Allah swt berfirman :


أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ . حَتَّى زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ
Ertinya : Memperbanyakkan (harta) dan bermegah-megah dengannya itu sesungguhnya telah melalaikan kamu, sehinggalah nanti kamu sampai ke kubur ( At-Takathur : 1-2)
Kelalaian itu hingga membawa manusia mencari harta walau dengan apa cara sekalipun, sehingga ramai yang tanpa merasa bersalah atau tanpa mengendahkan perasaan orang lain, mengambil hak yang bukan miliknya yang sah dan diiktiraf oleh hukum Islam.


Nabi s.a.w sudah mengingatkan kita agar mengasihi saudara kita sama seperti kita mengasihi diri kita. Sudah tentu, sesuatu yang buruk tidak pernah kita ingini berlaku kepada diri dan keluarga kita. Sesuatu yang kita sendiri bencikannya, amat sekali tidak wajar dilakukannya kepada manusia yang lain, yang tentunya dia juga tidak suka diperlakukan sedemikian. 


Ada yang bertanya kepada saya:
"Ustaz bolehkah kita ubah jumlah kos claim kerana kita layak tetapi kita tidak menggunakannya, justeru kita buat resit sendiri"


Yang lain pula bertanya :
"Sebagai kakitangan syarikat, apa pandangan ustaz jika kita ambil serba sedikit kemudahan syarikat untuk faedah kita seperti fotostat, telefon dan sebagainya, boleh tak ustaz?"
Saya kira, soalan ini dikethaui jawapannya oleh penanya, tetapi ada yang sengaja nafsu dan mindanya cuba untuk mencari jalan mengharuskan.


"bagaimana kalau kita yang menjadi boss, adakah kita suka kakitangan kita melakukan sedemikian terhadap harta syarikat kita?, tentunya purata kita tidak akan suka, maka  mengapa kita tergamak melakukannya kepada orang lain? Itulah jawapannya, apabila seseorang tidak suka dan tidak benarkan, penggunaan itu adalah penggunaan harta yang bathil' 
Jawab saya ringkas.
Begitu dalam maksud dari hadis nabi yang kerap mengajar kita untuk meletakkan diri kita di tepat sesiapa jua yang ingin kita jadikan mangsa.



STANDARD ISLAM BAGI MASYARAKAT MAJU



Justeru sebuah masyarakat yang bertamadun menurut perspektif Islam, dan kepimpinan yang berjaya dalam tanggungjawabnya adalah yang berjaya membentuk rakyat yang hatinya bertaut jernih di antara satu dengan lain. Bantu membantu dan harmoni tanpa ada kerakusan untuk mengambil harta orang lain secara salah.
Hanya dengan itu rasuah akan berjaya dikurangkan, rompakan, pencurian, pecah amanah, penindasan riba dan semua yang sepertinya.



Selagi kepimpinan hanya meletakkan sasaran kemajuan yang ditakrifkan sebagai kekeyaan harta dan material sebagai ‘standard’ atau kayu ukur kejayaan dengan mengabaikan tugas utama untuk memulih dan membersihkan jiwa dan hati rakyat, selagi itulah pertambahan manusia rakus akan sentiasa seiringan dengan pembangunan material. Tatkala itu pembangunan material itu akan naik bersama sekumpulan manusia rakus yang memonopoli dan mengambil keuntungan dari pembangunan itu. Tanpa dapat ia dikongsi oleh masyarakat ramai. Di waktu itu, yang kaya bertambah kaya, yang miskin semakin papa kedana.




MAKAN HARTA BATHIL



Allah berfirman,
وَلاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُواْ بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُواْ فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
Ertinya : Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui. (Al-Baqarah : 188)



Imam ibn Al-‘Arabi menegaskan ini adalah satu dari kaedah utama dalam muamalat Islam, dan asas bagi semua kontrak pemilikan. Erti ‘makan’ dalam ayat tersebut adalah penerimaan pemberian dan penguasan, digunakan lafaz ‘makan sebagai perumpamaan sahaja.




KESIMPULAN


Demikian perlunya umat Islam mengambil berat perihal pendapatan mereka, kita bimbang ambil berat ini semakin suram apabila objektif mengumpul dan memerbanyakkan harta menjadi target utama kehidupan. Apabila itu belrkau, kita akan dapati gejala ini semakin bertambah. Kerana itulah para pemimpin yang berkuasa di semua peirngkat perlu segera kembali berperanan untuk mengikat dan mengakarkan hati rakyat jelata dengan pembalasan baik buruk di akhirat. Hanya dengan demikian, keharmonian hakiki akan mampu dikembalikan.
Ringkasannya, termasuk juga dalam erti memakan atau menerima dan mengambil harta secara batil antaranya:-


a.       Menjual sesuatu yang memudaratkan masyarakat seperti menjual ubat dan makanan yang telah tamat tempoh, kesan buruk akibat tercemar atau mempunyai aib tapi disembunyikan,
b.      Upah menjampi yang bercanggah dengan Islam,
c.       Mengadakan kursus motivasi dengan ilmu-ilmu karut dan meragukan seperti sandaran ramal masa hadapan sama ada melalui tarikh lahir, rupa paras dan yang sepertinya,
d.      Menyalahgunakan pekerja sehingga mereka disuruh melakukan tugasan yang tidak dibayar setimpal serta dizalimi dari sebarang kenaikan walau mempunyai merit yang tinggi dan baik.
e.       Mengambil upah hiburan (entertaintment cost) dari syarikat-syarikat sebagai pra-syarat untuk memastikan peluang kontrak dan tender sentiasa baik.
f.        Sengaja dengan niat berhutang dengan niat untuk tidak membayar semula, dan sentiasa beralasan untuk melepaskan diri dari pembayaran semula hutangnya, walau dalam keadaan mampu.
g.       Individu yang tidak termasuk dalam kategori asnaf zakat tetapi menerima wang zakat. Mereka juga adalah pemakan harta secara bathil.
h.      Individu yang mengambil dan menikmati harta waqaf secara peribadi dan menjadikannya sebagai hak miliknya secara tetap. Ini juga ditegah dan termasuk dalam harta bathil.
i.        Memakan dan menyalahgunakan harta anak yatim piatu yang masih kecil.
j.        Hadiah-hadiah yang diberi oleh pelanggan atas alasan kononnya berterima kasih atas kecekapan dan bantuan kita selaku pekerja yang menyiapkan kerja tepat waktunya atau segera. Ia dinamakan wang ‘ghulul’ atau ‘khianat’ oleh Nabi s.a.w.
k.      Mencipta dan menghasilkan filem, novel, penulisan majalah, artikel, kartun, animasi, drama, buku, cerpen dan sepertinya yang meraikan nafsu manusia, bertemakan nafsu dan hiburan bagi meraih keuntungan dari undstri nafsu yang tiada bertepian. Keuntungan yang diperolehi hasil dari hasil 'seni' yang merosakan jatidiri kemanusian, ini tentulah tergolong di dalam harta bathil.
l.       Mencuri dan mengambil kesempatan di atas musibah yang sedang menimpa orang lain, lalu berganda-gandalah dosa mereka.




Akhir sekali nabi mengingatkan kita bersifat unik khususnya di akhir zaman di mana terlalu ramai ramai yang kemaruk wang bathil, sabda nabi:
لو كان لابن آدم واديان من مال لابتغى ثالثا ولا يملأ جوف ابن آدم إلا التراب ويتوب الله على من تاب .
Maksudnya : “Daripada Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma, dia berkata: “Saya mendengar Nabi Shallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Seandainya manusia memiliki dua lembah yang penuh dengan harta, nescaya dia mencari (lembah harta) yang ketiga. Tiada yang memenuhi isi perut manusia, kecuali tanah. Dan Allah menerima taubat orang yang bertaubat. ( Al-Bukhari)

           
       

  
    

Isnin, Mei 16, 2011

~maharaja lawak~

~ 2 orang baru yang sgt shumell!!~


Dalam hati sangat best n teruja sebab dalam masa seminggu aku dapat 2 org anak buah yg sangat shumelll n kiut gilaa...

Ni anak buah ( anak adik aku )

ABDUL HADZIQ FIRHAN
DOB : 27 April 2011
dah jadik budak botak hadziq... ehehhehee
Hadziq & Mama dah balik berpantang kat Kelantan pulak...
bila lah nak jumpa plak budak cute nih...



Ni plak gambar anak buah aku ( anak dara nih )
maaf dik kak terrpaksa post entry gambar anak sblm mak dia posting...

NURUL SYAZA RAIHANAH
anak dara sgt shumell n sangat baik!!!!
idong mancong oooo....



aku jugak yg xdak baby kecik... puas bertepis ngan soklan2 sensitip......

~2 in 1~

Mak selalau berleter, " ang ni suma nak buat sekali harung...... malas sgguh!!" hah mgkin kerana penyakit M tu serang jiwa aku kot.. ahhahahhaaa apa pun kira aci lah kan....
Sesungguhnya Mei adalah bulan yang palingggggggggggggg memberi segala erti dalam hidup aku... byk kenangan2 hidup ku bermula pada Mei...... selain dari Hari2 penting yg kena ingat..

 Firstly, Hari Ibu yang telah lepas..... 8hb Mei hari tu lagi....

SELAMAT HARI IBU buat ibu2 ku tersayang.

MAK, 

yang telah mengandungkan, melahirkan, membesarkan, memberi kasih sayang, didikan yg secukupnya buat diri ini.... Jasa mak sesungguhnya bukan nilaian..... tiada tandingan.. Mak adalah ibu yang terbaik, ratu hati, permaisuri di jiwa ini.... Pengorbanan mak membesarkan diri ini sendirian adalah sangat222 tak mampu untuk aku lahirkan trilion tima kasih.....

Mak, Selagi ada hayat diri ini, insyaallah, chek akan menjaga segalanya walaupun sebenarnya chek x mampu nak balas jasa mak yang menggunung itu..
love u mom 4-eva.

buat MIL.....
Mak, terima kasih sebab sudi bermenantu kan saya yang serba kekurangan ini. 
Jasa makmembesarkan anak2 mak juga bersendirian amat meruntun jiwa n hati ini.
Sesungguhnya Mak ada lah yang terbaik buat anak2 mak, menantu2 mak & anak cucu mak.




buat Mak Ah....
Terima kasih mak sebab masih sudi menjalinkan kasih sayang yang terputus dulu. Terima kasih juga sebab menjaga abah dengan sangat baik.....

amboi aih.. panjang lebaq taip.... ahahhahahhaa





SELAMAT HARI GURU...


DEDIKASI KHAS BUAT CIKGU2 TERSAYANG KHASNYA..... 
DAN BUAT SEMUA GURU DI SELURUH MALAYSIA...

Jasa n tunjuk ajar kalian adalah yang terbaik. Kerana jasa guru boleh mengubah seseorang untuk menjadi ORANG.... 

Buat guru2 di Sekolah menengah Kebangsaan Naka, guru2 di Sekolah Kebangsaan Nami, Sekolah Kebangsaan Tualak..

TERIMA KASIH DI ATAS JASA KALIAN.....

Ahad, Mei 15, 2011

~Kor Tani~

Layanzz gambar jew..... antara gambar2 di MAEPS, Serdang.
Sempena Perasmian  Kor Tani...

Kami Kor Tani Wanita Negeri Kedah.... wohohhooo..

sesi menayang pewot yg membolat!!! muahhahaha
aku la...


adik manis yg paksa aku p KL....


coverpewot.....



Wakil dari KOR TANI PPN Kedah.



geram tgok sayur2an tu....


ngan kak Ayu yg sporting!!


tgah negndeng bunga orkid..... ngeeee



lepas gian nak tangkap gambar ngan Dato' Najib
real x berani masuk dekat.... hik3.. ko saper?? ko saper????


tempat Dato Najib rasmi... 
lastly orkid tu sampai juga Kedah.. ngeeeeeee ahahhahaha

Gila posing punya pasai semua kwn2 tggal.. ahahhaha

hadiah Dato Najib.....

~MAKAN PREE~

Teringat kata2 arwah Abah.... antara yang paling BEST dalam hidup adalah makan pree.... ahaksss!!
memang pon kan cer tanya sesapa2 nak x makan pree? kalo yg x mo tu ishhh tatau nak cakap lah kan...
ehehheheheee,,,, cer tgok2.... dah mereben dah kan...
sebab musabab utama tajuk ni adalah berkenaan  ttg PERJALANAN (pree), MAKAN (pree) masa ke KL... kolompo tau bukan kg Lamdi @ Linchan.... ehehhehee
( apa x pornh tau nama kg tu erk??? hah kena mai Kedah.. chek nak tunjuk bg tgok kg tu)

Mula2 aku mmg xmo join Rombongan Cik Kiah.. opsss bukan2 Cik Yan.....
tapi kerana sian kan adik yg manis pujuk.. cewaahhhh!!! p jugak lah.... 
( lam ati byk syok leh p jimba2...kwang!!kwang!!! laki aku baca mampos!)

so bila sampai KL.. ruper2nya KOR TANI adalah seluruh Malaysia gitu.... Hotel Plaza yg kami dok tu, Wakil KOR TANI dari Bahagian Utara... Kedah, Perlis, Pulau Pinang & Perak.
Ramai siot arr!!!

Part yg paling best n x kan di lupakan adalah :-

jeng...jeng........


Berjumpa ngan hakak2 ku ini.......


mamagee, sis elly & adik CT





Ni bersama sis elly yang belanja makan malam tu.. sangat terharu dowhhh sbb sis sudi dtg menjenguk n siap bawa ronda2 n makan pree ahaks...... sayang sis... nnt mai Kedah al bawa sis ronda2 plak erk!
Mcm Matahari & Bulan.....ahahhahaaa.. gelap siot aku....

Sis bersama Hero Malaya kami mlm tu... en chuan..!!!!

Kalo nak tgok gmbar & cerita lanjut cer tgok kat sini

~sawang yang berterbangan~



SALAM HARI AHAD !!!!!!!

Sian kat blog aku  aih.... berkurun suda rupanya aku x menghapdet......Kebelakangan ni tahap kebizian adalah mengalahkan MB( mem besar!) kot.... huhuhuhuuhu....
Penuh padat, tepu.......
Lagipun adalah sangat menjadi masalah bg manusia2 yg mcm saya bila tggal lam utan..... line tpon adalah sangat GILA okay!!!!... so bila tpon mslh tenet pon apa lagi....... dah jadik  GILA x100 kot.....


Insyaallah, kalo tiada apa2 masalah ingin sekali aku berkongsi cerita ttg mcm2.... tentang  Kuala Lumpur, ttg Kor Tani, ttg aku mendapat 2 org anak sedara lam masa seminggu.... huishh byk nak kena mereben nih.....
lastly mgkin ttg kisah Majlis Cukur Jambul anak buah aku.....

Apapun
TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA PADA YANG SUDI SINGGAH KAT BLOG NI WALAUPUN DAH BERKURUN X HAPDET....... TQ SO MUCH!!!!

Rabu, April 20, 2011

~mood yang turun naik!!!!~~~

Mood sekarang adalah tak sabar nak ke Kolompo!!!!!! ngeeeee sebenarnya taak sabaq nak jumpa insan2 terpilih.. muahahhahaha ( kalo ada kesempatan la),,, mood nak update adalah hancusssssssss!!!!!!

Rabu, April 13, 2011

~~~idup @ mati ~~~

Motip tajuk nih.....??? huhuhuhuu..
hati tetiba di sagat sedih..... napa???
ermmm ttg kematian..... kita sume tak tau bila, dimana dan bagaimana cara utk kita berhadapan ngan kematian kita kan????.... bila ingt mati, YA ALLAH... banyak mana dah ibadah kita n bekalan kita utk menghadap Tuhan Yang Menciptakan kita??????
Sedihh, suami kenalan ku meninggal dunia sebentar tadi.... Aku tetiba rasa sayuu..... 
Ya Allah kau peliharalah suamiku walaupun di mana dia berada..... aku sangat sayangkan dia.....

~Al Fatihah untuk suami Su......~

Muda lagi suami dia, anak pun masih kecil, Su juga mcm aku....
ni hubby utk 2nd married...
siannn dia..... semoga kau tabah.... ajal, maut, jodoh pertemuan ketentuan Tuhan..... kita hanya merancang untuk yang terbaik dalam hidup kita, tp kita tak mampu menyekat Takdir Allah...



nota jari : TABAHKAH AKU KALAU IA TERJADI PADA KU???????  cerai hidup, adalah tak sakit kalau hati sakit, cerai mati jiwa n sanubari akan turut mati bersama.......

Selasa, April 12, 2011

~~~ bila pilihan keluarga menjadi jantung hati..........~~~

Sabtu baru ni, kebetulan keluar Bandar AS.... apa lagiii siap ajak anak dara ai supin.... ehehhe 
tapiii,, x supin mende2 yg x pekdah tau.. opsss... cuma ajak anak dara tu ke Kedai Buku.... anak dara & mak dia tu mmg gilosss kalo masuk Kedai Buku.... so.. mak dia sambar lah sebuah lagi novel.......
Novel PILIHAN MAMA ....

Pelbagai cara telah dilakukan untuk mencari calon isterinya, melalui chating, facebook, blind date dan sebagainya. Ada juga yang diperkenalkan oleh rakan karibnya Fazli. Namun, satu pun masih tidak dapat memenuhi kriteria yang diingininya untuk... menjadi isteri dan menantu terbaik kepada ibunya. Bukan tiada wanita yang menginginkannya, ramai. Terlalu ramai. Tetapi semua tidak memenuhi syarat-syarat sebagai seorang isteri solehah yang diidamkannya.

Setelah lama menunggu. Si ibu membuat keputusan untuk memilih sendiri menantunya. Dengan terpaksa, si jejaka menurutkan kehendak ibu kerana tidak mahu mengecewakan ibu yang telah bersusah payah membesarkannya. Sebuah ikatan pertunangan telah dijalinkan antara Aiman dengan gadis pilihan ibunya, Aisyah. Walaupun ikatan telah dijalinkan, dia tidak pernah mempunyai keinginan untuk mengenali, melihat, berjumpa dan berbual dengan tunangannya. Pada masa yang sama, secara tidak sengaja, Aiman berjumpa dengan wanita idamannya iaitu wanita misteri yang bernama Adila. Dia membuat keputusan untuk memutuskan ikatan pertunangannya dengan gadis pilihan ibu. Namun, apabila melihat wajah ibunya, dia tidak sanggup meluahkan isi hati. Segala keinginan terpaksa dipendam. Dia terpaksa menunaikan janji yang telah terpatri. Maka, wanita idaman terpaksa dilepaskan pergi. Setelah bahagia menjelma, datang pula badai yang mengempas hati dapatkah Aiman mengharunginya sendiri?


Judul : Pilihan Mama
Penulis : Umie Nadzimah
Penerbit : Kaki Novel
Semenanjung : RM 18.00
Sabah / Sarawak : RM 21.00

~~finally........~~

Akhirnyaaaaaaaaaaa........ 
sudah lama aku ingin memilikimu........
setiap saat aku mendambakan mu.....
setiap tika aku mengimpikan kau menjadi teman setiaku..
akhirnyaaa,,, kau berjaya aku miliki........

ahaksssssssss....... ayat x bleh blahhhh!!!!!!
 korang nk tau x apa yg aku NAK kan sangat tuh?????


cer teka.....
dulu kat sini ada ai citer......

sebenarnya ai dah dapat sebulan yg lepas....
tp x teringt nak kasik tunjuk menunjuk2 kat sini... ehehhe
http://www.beritateknologi.com/wp-content/uploads/2010/04/nokia-c3-pink.jpg



so.... sekarang... 
C3 pink dah jadi milik saya selepas buah hati lama saya SE 770 dah bertukar tuan
( hubby guna yg lama bini dpt yg baruuu)..

apa pun TQ lalinkkk!!!!!! 
 ni yg membuatkan sayang sayangggg kan abang........
( kalo x beli pun sayang jugak tp kalo beli ganda 1000x.. ahakssss)
ahahhahhaaa ayat nak mampuss kalo cakap depan dia.... hik3

~bila jiwang karatsss~

Sesekali bila aku merentas danau hati mu sayang.. 
aku umpama semakin tidak mengerti....
kerana Aku terlalu menyintaimu....

Bukan lautan ukurannya,
bukan Everest ketinggiannya, 
tapi sungguh setiap detik nadi terselit namamu ...
membuat setiap denyut jantung ini tersirat gunung rindu....

Kita jauh tapi kau sentiasa ada....
Aku juga menyimpan hasrat seperti mu...
untuk terus membahagiakan kedamaian yg kita punya ini...

Sungguh sayang aku amat menyintaimu......




layanzzz ni dulu.... ehehhehe




Salam Selasa uolss....
semoga hari nie memberi sejuta pengertian untuk di manfaatkan....
semalam hujan.... so, pagi nie cuaca selepas hujan yg paling saya suke.... rasa segar jew pag nih...
sepanjaang perjalanan ke opis, kehijauan yg di hiasi titisan air..... 
terlalu menenangkan jiwa....

http://wallpaper4god.com/wallpapers/after-the-rain_1797_1680x1050.jpg
gambar cik gugle......

Isnin, April 11, 2011

~~doniaa....... bila terlebihhhh sudaaa~

di copy dari rentakartis

KUALA LUMPUR: Pelakon Miera Leyana memohon maaf kepada semua pihak atas kesilapannya mengenakan pakaian seksi sehingga menampakkan sedikit sisi payudaranya.
Katanya, dia tergesa-gesa memilih pakaian rekaan Wan Huzairil tersebut pada pagi Jumaat lalu untuk menghadiri majlis makan malam anjuran Rafflesia dan Mandalay di Hotel Le Meridien, di sini, pada hari yang sama.
“Saya memohon maaf kepada yang tidak menyenangi apabila melihat saya berpakaian seperti ini. Saya tidak sempat mencuba terlebih dahulu pakaian ini kerana baru mendapatnya daripada pereka fesyen pada pagi tadi.
“Saya sendiri yang memilih pakaian ini kerana nampak sangat cantik dan lain dari lain. Tak sangka pula apabila pakai, jadi seperti ini.
“Kalau saya pakai tiub, nampak tak cantik pula sebab pakaian ini terdedah di belakang,” katanya kepada mStar Online.
Bagaimanapun, pelakon filem Apokalips yang bakal muncul di pawagam ini akan berhati-hati memilih pakaian agar tidak berlaku insiden seperti itu.
Miera mula tidak selesa mengenakan pakaian tersebut setelah ramai yang memerhatikannya dengan pandangan pelik dan ada juga yang datang kepadanya untuk menegur.
“Saya bersedia menerima teguran orang ramai dengan terbuka tentang pakaian saya ini dan berjanji tidak akan melakukan kesilapan yang sama,” akhiri pelakon drama Luna Fantasiku dan Kamelia Katrina ini dalam nada kesal....

 maaf gambar terpaksa di edit......

Read more: http://rentakartis.com/panas-miera-leyana-minta-maaf-tak-sedar-baju-terlampau-seksi/#ixzz1JCVRDEb8

nota jari : mmg tepat pilihan Miera Liyana nih sbb pakaian yg dia pilih dah menjadikan dia hot..... hik3....

Sabtu, April 09, 2011

♥♥♥dulu...kini.... & selamanya♥♥♥



Apa yang dulu nya eh?????? ni hah nk citer sai cik abg ai nie hah.....
alahh gambo time tecit2 dulu..... dulu cik abg aiii sooo cute tau!!!! 
ahahhaha kalah bini dia.... x cayer????



cer tengok ni....


masa nie baru 1tahun +  kalau x silap.... MIL kata dia mmg siap karankan rambut hubby utk bg cun ... 
mcm gegurl x????? MIL nakkan anak pompuan ms tu, tp yg kuarnya boy gak...
adess mujur hubby ai x jd auwwwwwww!!!!! ahahhaha


my lalink ngan abg+ MIL+ mak cik.

gambar lalink ngan adik beradik dia....


nie ngan  bini dia.... ehehheheee
cyunk lalinggggg!!!!!!!!



Jumaat, April 08, 2011

Telur Ayam Tiruan | Cara Membuat dan Membezakannya !

Telur Ayam Tiruan | Cara Membuat dan Membezakannya !

pagi tadi ada terdengar kat berita kalau x silap pasal hal nie... bila godek2 terjumpa kat blog adik nih

Rupa telur ayam sebenar dengan telur ayam tiruan. Memang nampak berbeza.

Tadi .. search kat Google. Rupa-rupanya .. pengeluaran telur ayan tiruan nie memang dah lama. Paling lama yang saya dapat kesan .. tahun 2008. Huh ! .. memang lama. Cuma sekarang nie je mula dikesan memasuki pasaran Malaysia.

Kenapa telur tiruan dicipta?
Sebabnya .. satu je ! Wang ! Menurut dari apa yang saya baca. Nak buat telur tiruan nie. Harganya lebih murah berbanding harga pasaran semasa. Kalau dalam Yuan .. nak buat satu telur nie. Cuma 0.55 Yuan/kg berbanding 5.6 Yuan/kg untuk telur sebenar. Jadi nak jimat kos .. jalannya mudah je. Buat yang tiruan.

Macam mana telur ayam tisuan dibuat ?
Nak tahu .. korang tengok gambar-gambar kat dibawah nie.

Bahan-bahannya; calcium carbonate, starch, resin, gelatin, alum dan lain-lain lagi bahan kimia yang diperlukan.
Bahan telur kuning diisi kedalam 2/3 bahan acuan bersama-sama calsium chlorida, dan pewarna.

Cecair "telur kuning" dimasukkan pada cetakan bulat

Lapiasan luar telur kuning terbentuk

Lapisan luar disaluti dengan lilin dan calcium carbonate. Proses ini diulang beberapa kali sehingga lapisan luar terbentuk dan menebal.
Setelah siap .. telur tersebut dibiarkan kering bagi mengeraskan kulit dilapisan luar. Dah siap !

Perbezaan telur ayam tiruan dengan yang sebenar ?
Telur ayam tiruan .. kalau digoreng seperti gambar dibawah. Gelembung-gelembung kecil akan kelihatan disekelilingnya. Selain itu .. rasanya pun lain. Lebih sedap dari biasa ! Kulit telur ayam pula .. lebih senang dipecahkan. Tapi .. nak check .. macam mana ye ?


Ciri-ciri lain .. telur ayam tiruan nie lebih besar dari biasa, tidak berbau, berkilat dan kasar.

Sumber Rujukan: Telur Ayam Tiruan | Cara Membuat dan Membezakannya ! | anastasyea.com

Khamis, April 07, 2011

♥♥♥ bila gila novel.....♥♥♥

Dulu masa membujang (2x solo- anak dara + MJ) novel adalah teman setia..... pastu bila kawen semula mood utk novel tu hilang kejap, bila jadi weekend wife ai jd giler balik ngan novel... ehehhee bulan ni dah 3 novel ai beli n 1 buah novel pinjam.. ehehhee...

yang beli :-

*Bicara Hati *Cinta tiada akhirnya & Duri *Gerimis Rindu 

yang pinjam :- *Makna Cinta

Semua mmg meletop.... best sangat...

 

Cinta Tiada Akhirnya - Fauziah Ashari

Rentetan Perkahwinan rahsia antara Izzah dan Hariz di Ombak Rindu dipanjangkan lagi di dalam 'Cinta....Tiada Akhirnya.

Kehidupan menjanjikan segalanya. Pahit, manis, suka dan duka. Satu perjalanan anugerah dari Maha Pencipta yang menjanjikan kematian dalam kembara kehidupan. Bagi kaki yang melangkah dan tangan yang menadah, terpulang pada insan itu sendiri mencorak hidupnya.

Inilah kisah.....CINTA .....TIADA AKHIRNYA, menyelami Izzah yang setia, hampir sempurna, menyajikan cinta pada suaminya, Hariz yang masih mencari diri dan cinta sejati.

Disulami detik cemas yang pasti mengocak minda, mendebar jiwa, CINTA....TIADA AKHIRNYA, akan menyerapi kehidupan setiap pembaca.

Harga: RM22.90
Penerbit: INTENS

Petikan dari novel:
"Sabarlah. Kami telah menemui mayat seseorang yang sukar dikenali identitinya. Daripada hasil siasatan kami, banyak kemungkinan mayat itu isteri Encik Hariz tetapi mungkin jugak bukan. Encik Hariz boleh mengecam mayat dan untuk memastikan lagi, pihak forensik akan mengambil ujian DNA ke atas mayat itu"

:
:

Hari berganti hari, minggu bertukar dan kini hampir dua bulan Hariz hidup tanpa Izzah. Keputusan positif DNA ke atas mayat itu masih menghilangkan segala semangatnya untuk hidup.

Komen saya:

Citer nya suspens dan banyak scene yg menarik. Kisah Izzah juga yg seperti lurus bendul masih seperti wataknya di Ombak Rindu. Pakcik Taha muncul setelah melihat gambarnya di akhbar menjadi isteri Hariz pemilih Sufiah Holdings yg megah.
Dari situ Pakcik Taha telah memerangkap Izzah. Izzah diculik. Akhirnya Izzah terkorban di sungai.

Hariz pula mengambil Salleh adik kandungnya sebagai second man di Sufiah Holdings. Mila Amiliya xwife Hariz pula cuba menggodanya walaupun dia sendiri telah bertunang.
Semasa kehilangan Izzah, Salleh telah mengambil kesempatan ke atas HAriz dengan perancangan nya tersendiri.

Sementara itu Armand (anak Hariz dan Mila) di bela oleh keluarga sebelah Mila. Elin - adik Mila yang menjaga Armand sejak kecil mula tertarik dengan HAriz walaupun cintanya bagai bertepuk sebelah tangan. Ingatan Hariz terhadap aruah Izzah masih kental. Sehinggalah adik Hariz (Irah) membawa gambar2 gadis yg mirip Izzah ke rumahnya.

Hariz menjejak gambar gadis tersebut (Suri) ke kampungnya di Kota Tinggi. Disitulah dia bagai berjumpa semula dengan Izzahnya. Pelbagai cara dilakukan. *membacanya membuatkan kita tersenyum geli hati dengan cara2 Hariz tersebut.

Akhirnya semua rahsia terbongkar, dimana Suri merupakan kembar Izzah. Walaubagaimanapun Suri telah hilang sewaktu di kolej. Kemudian dijumpai oleh pemancing dan dibawa ke klinik. Disitu Izzah telah ditukar ke Suri kerana Izzah hilang ingatan, dan kebetulan pula keluarga Suri sedang mencari Suri, percaya Izzah tersebut adalah Suri.

Hariz akhirnya menyiasat dan mendapat semula Izzahnya....

Pengakhiran yg sangat bahagia.....

kredit to : blog nih


Nota jari :- psst ai dapatkan Cinta Tiada Akhirnya & Duri dgn harga kedebaammbomm (RM18.50 okay kat POPULAR)

♥♥@ku & di@



besday haku.......


anniversary @cinta kami

Daisypath Anniversary Years Ticker

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails