ASSALAMUALAIKUM.....

SELAMAT MENJENGAH KE BLOG NUR KASIH
Click here to get more from MasterGreetings.com
Buat insan2 yang sudi singgah di blog ini... saya ucapkan jutaan terima kasih.... tapi kalo sudi. tggllah jejak supaya saya leh follow blog kalian...... tq......

kalau sudi......... jom lah follow aii......

Khamis, Mac 31, 2011

♥♥♥ 9 sebab hubungan tidak mampu bertahan♥♥♥

Artikel ini juga dari TENTANG CINTA



1. Menipu
Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk "menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.


2. Harapan / Kebebasan
Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.


3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan
Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.



4. Mengungkit Hal Yang Lalu
Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.


5. Berbeza Pendapat
Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.


6. Status Yang Tinggi
Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.


7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati
Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.


8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak
Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.


9. Kawan-kawan dan Keluarga
Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.

♥♥♥Cara Lelaki Menguji Wanita♥♥♥

Artikel ini d copy dari tentang cinta





Lelaki... Walaupun sudah berkali-kali si dia mengucapkan perkataan cinta, namun masih tidak cukup untuk membuktikan kesetiaan terhadap mereka.
Seandainya si dia memiliki kriteria yang diimpikan, tetapi bagi sesetengah jejaka itu bukanlah faktor yang membuatkan dia memilih kamu. Pelbagai cara dilakukan demi menguji kesetiaan yang dibina.
Tidak dinafikan, mereka mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri dalam mengenalpasti kesetiaan yang diberikan, sepanjang menjalinkan hubungan bersama teman wanitanya.
Yang pasti, dia akan cuba melakukan pelbagai cara dalam menentukan sama ada anda layak ataupun tidak bertakhta di hatinya.

1. Adakah si dia materialistik?

Sering menjadi persoalan kebanyakan kaum
lelaki. Untuk mengetahui sejauh mana tahap materialistik anda, mereka
akan menguji dengan cara ini:

Memberi hadiah murah 
Reaksi kamu: Sering bertanyakan soal harga, jenama, di mana membelinya dan tidak mahu sesekali menyimpan barang tersebut. Kamu gagal.

Reaksi kamu: Gembira dengan pemberian yang amat bermakna dan terus memakainya. Kamu lulus.

Mengajak menikmati hidangan yang murah
Reaksi kamu: Menolak ajakannya, tidak mahu menikmati hidangan yang disediakan dan menunjukkan rasa marah. Anda gagal.

Reaksi kamu: Tidak keberatan menunaikan permintaannya dan menikmati hidangan dengan penuh selera. Anda lulus.

2. Perkara yang melemahkan perasaan wanita apabila diuji tahap cemburu

Sesetengah golongan lelaki sentiasa ingin mengetahui sejauh mana perasaan cemburu kekasihnya. Sama ada berat mahupun tidak, dia akan menguji dengan cara ini:

Mengenalkan kepada kamu bekas teman wanitanya

Reaksi kamu: Mula mempamerkan wajah yang muram dan sering menanyakan tentang hal berkaitan keperibadian perempuan itu sebaik sahaja diperkenalkan. Anda gagal.
Reaksi kamu: Sentiasa menghulurkan senyuman bahkan memuji perempuan itu di hadapannya. Anda lulus.

Menelefon wanita lain di hadapan kamu 


Reaksi kamu: Marah dan mengatakan bahawa kamu tidak suka dia menelefon perempuan lain. Anda gagal.
Reaksi kamu: Bersikap tenang seolah-olah hal itu bukan suatu masalah yang besar. Anda lulus.

3. Hubungan bekas teman lelaki

Rasa ingin tahu sejauh mana hubungan kamu dengan bekas teman lelaki adalah cara dia mengetahui sejauh mana cinta kamu terhadapnya. Ia akan menguji dengan cara ini:

Bertanyakan khabar bekas teman lelaki 

Reaksi kamu: "Oh, dia semakin sihat, kami baru saja berjumpa pada minggu lepas". Anda gagal.

Reaksi kamu: "Kenapa saya perlu mengetahui tentang khabar si dia, sedangkan hati saya telah dimiliki". Anda lulus.

Adakah kamu masih menjalinkan hubungan dengannya?

 Reaksi kamu: Marah sambil mengutuk keburukan bekas kekasih. Anda gagal.
Reaksi kamu: "Kami masih berkawan, tetapi tidak serapat seperti dahulu". Anda lulus.

4. Mengukur tahap kesetiaan

Demi menginginkan kejujuran dan kesetiaan
daripada insan yang paling disayangi, si dia akan menguji kesetiaan kamu
dengan cara berikut:

Pergi melancong 
Reaksi kamu: Tidak pernah menghubungi si dia atau tidak pernah bertanyakan tentang dirinya dan lebih memberi keutamaan kepada teman-teman lain. Anda gagal.
Reaksi kamu: Menghubungi si dia setiap masa dan saling mengotakan janji. Anda lulus.

Meminta bantuan temannya untuk menggoda kamu 
Reaksi kamu: Menerima pujukan temannya dan keluar makan bersama. Anda gagal.
Reaksi kamu: Menolak godaan temannya dan mengatakan kamu tidak tertarik dengan pujuk rayu itu. Anda lulus.

♥♥ teringat kenangan dulu-dulu♥♥

Hasil BW kat sini..... terjumpa buah nie...... bila dah terpandang.. terus teringat zaman kanak2 ribena....huh..... ada cerita di sebalik buah ni.... eh korang tau x ni buah apa????? cer teka....



Buah apa ni??????
[bgoncark.gif]
gambar kredit to TOK PENGHULU

opsss... mcm lah raamai ygmasuk blog ai kan.. main aci swuh teka2 lak.... ehehheee

kalo kat kampung ai, ini adalah BUAH GONCHAQ..... buah nya kecik2 jew... tapi yg ijo ni blom masak.. bila masak warna nya merah....burung cukup berkenan.....
dulu masa memula pindah n stay kat Nami.... cukup peghak.... maklumlah x pernah tgok kan... 
ada lah sebatang pokok gonchaq ni kat depan umah...... bila dah kenai, hah apa lagi.. sama naik ngan burung la ai sapu buah gonchaq nih... ehehheheeee sampai kan... time p kelas fardu ain kat sekolah siap kait buah nie, goi ngan garam, bawa p juai kat sekolah.. yg bestnyaaaa lakuuuu!!!!! hahhahahahaa
adessss kenangan2....... ehehhehehee


ni gambar buah gonchaq ngan daun dia... pokok dia tinggi jugak.....

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh053AoWgQRnP2QNAJkdN6pfO3tuRJYXRhClvZdNpUCdJm47bbPCmZVHcVqhH9OtftVAY828ewMd6Kj7f-HX-FujNs5MOSD71E6HvM-3pE1namdJmHO2ac1Cf3RvivvQtWyVLnluI9qHGE/s1600/DSC01751.JPG

♥♥♥JOM KENALI ------- tiMun bEtiK♥♥♥

Marin masa tgah sengal2 kat Fb ngan akak ai, mamagee   
so timbul lah isu tentang 
"timun betik'
 

so, kalian pernah kenal x timun betik nih caner??????
kalo belom kenal....... marilah kita berkenal-kenalan ngan si timun betik...... 
bak kata org2 tua....
"TAK KENAL MAKA TAK CINTA....... "..... 
hik...hik..hik... ado kaitan kew erk???? 

tima kasih yang tak terhingga kepada Cik Ayu di atas kesudian berkongsi gambar2 timun betik ini...
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEijaZEr2JW_bx2MsWTzhZRkEZTYEpyD9zyiz_tdPlX648TN7g2-SOE1qtG3iGtQjr6E2AvKEymnzJJJWhgRVvf-Ajs4Pt-YjO5KhvzdWXCdwFeRRlI3trKDpqGbXzU1rvE0waujxNlJ7A4/s1600/ee.jpg



isi nya yang sangat gebusssss
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgv6U85OVv3j-TeDzYxiujLQLiNLHtQF73B0RGjmDyAnzafpjS8riVTYyDzqzICkJMk2MXBGdamRd-nb0temRPsLlmqQauc5-ZZkmzeWNfjmIdVvnmK1qh-lGRlqitGWX7pPrW1I7Osbrw/s1600/P1150258.JPG


cara2 untuk meng'enakkan' timun betik bila hendak di mamam....
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgnxHU3YXbwHR2Sh9lE5ToiV8lMCn5JWv7DsDooSA0ESf19gYVPr9-W1mjaDvFBZB2_UWwdrckqdR2neqWDyez75qVvDrd73V7JBPhK2VXErnSqHB5uTNuUmzbYudcmDMgNJOBwfBVpVO8/s1600/P1150260.JPG

tarrraaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......... masa utk di mamam.... adessss terliur sehhhh!!!!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhpofMZq4rwhvXBGSmJGbbKCcrNFVOwNfZmmdOI0kR9-6I9vzypl_AVRBvksvMvOYzpSjhZY6YnI9W6BbhZ21bihJMZ7EKDRCL1rc-E2iVCPpnJtuUah_ULAGFsrVtq2MKUlxPS2zWGcsY/s1600/P1150261.JPG



p/s:-----okay.. kalo sapa2 nak tau resepi yg di campur ngan timun betik tu terjah lew blog cik ayu yea.... sbb ai x nak lah cilok sume idea cik ayu comey tuh.. ehehhee

Rabu, Mac 30, 2011

♥♥tiba-tiba rasa teringin....♥♥

Teringin?????? teringin apa erk??? tgah2 berjalan ngan jari tadi tiba2 terjumpa gambar buah nie...... adessssssssss tiba2 rasa tesangat teringin di sebabkan anak2 cacing dala pewot rasa mengidam kot!!!!!!


cer teka........ buah apa??????

jeng....jeng......

 kalo kat tempat ai buah nie namanya buah setoi.......

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjVPET0iRy9ZbIeWpWy-9Qq-8SqIqDQPxQIFJJSYrESWw0bv9QOdxL_vJzc3wSeZstWmBG8iM2oHcIjozSqoJRaMMw0v7KydjYeCwkp3LTOssbMGw7-NkA5ljrmu7pmNWSWzR6TFaIadgM/s1600/imagesCAFB56HK.jpg


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhTkDKJ_gbPl9yXvNHDcTGqbA9TNa_J0ELxj4HkWj8Dnhisifshk-26h7S0sXw3xjruCgDLonlL_OtgdAGlu66fP69If-P5TwS3wlH0JhF639VlNPraecSp10Fa1MhKdEHLKG5X0uY6b-w/s1600/imagesCAOAOCGN.jpg
gambar hasil di copy dari  sini

ni masa masaknyaaaaaaaaaaaaaaa

cicah garam belacan... pergghhhhh sedapppppppppp

♥♥ berbantal lengan..... pengikat kasih sayang???♥♥




info adalah dari sini

Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin. Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.

Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang. Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.
Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya, tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang, ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda. (pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu bertapa asyik dan rilexnya)…FAKTA….sirius….
Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.
Dan peringatan untuk lelaki/suami, jangalah shave ketiak anda togel, biarkan sedikit atau trim sikit aje bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita.

So pada isteri-isteri semua, anda semua praktikan ke tidur atas lengan suami?
Suami-suami semua, adakah anda shave licin ketiak atau biarkan berbulu?

Khamis, Mac 17, 2011

♥♥♥tatau nak update mende...♥♥♥



Hehehehe,..... boleh x tajuk cenggitu????? memang blurrr tahap gaban..... tatau nak hapdet mende.. padahal banyakk jew citet kalo nak kongsi kat sini.... tapi oleh kerana mood adalah hancuss maka hapdet pun ala2 kura2 kena gastrik..... muahahaaa aci x??? nnt lah mggu depan.. apa pun mggu nie sgt okay..... alhamdulillah......

Selasa, Mac 08, 2011

♥♥♥SELAMAT HARI WANITA♥♥♥

SELAMAT HARI WANITA........ 
untuk semua wanita, kita semua adalah tunjang kekuatan untuk diri sendiri, keluarga, anak, suami....... so tabahkan lah hati andai hidup penuh duri ranjau merentangi.... 
WANITA ADALAH PENAWAR DAN RACUN..... JADILAH PENAWAR YANG PALING MUJARAB DAN JADILAH RACUN YANG JUGA BERGUNA UNTUK KEBAIKAN SEMUA......

Selasa, Mac 01, 2011

~~ makan angin @ penang lagii~~ part 6 ( @ Taman Rama2 )














~~ makan angin @ penang lagii~~ part 5 ( kat pulau iddaman )

boring x lyan gambo????? kalo boring pejam mato.. ehheheheh gambo lg.. jom tgok!!!













~ tahun yang ke - 11~





Hari nie dah 1 MAC 2011...... bermakna dah genap 10 tahun n esok dah bermula tahun yang ke -11, aku berkhidmat kat tempat keje sekarang....... cukup terasa perbezaan nya...
kalau 1 Mac 2001 dulu aku seorang manusia yang terrsangat mentah.. tapi hari nie, aku dah menjadi manusia yg punya sedikit pengalaman, punya sedikit kesenangan... Syukur Alhamdulillah....

Masih terbayang di mata, saat pertama kali aku melangkah kaki ke sini sebagai seorang pekerja baru.... mentah... 0...... berbagai lagi... tapi kerana sokongan dan bimbingan yang tak putus2 dari semua kawan2 yang telah aku anggap sebagai sedara sendiri, akhirnya aku dah menjadi seseorang..... 
TERIMA KASIH SEMUA....

Aku sangat terhutang budi dengan Arwah boss aku.... Allahyarham Encik Ahmad Nordin Bin Jaafar, yang sangat memahami..... n En. Idris yang telah banyak memberi tunjuk ajar....

Teringat lagi kenangan mula2 aku di beri tugasan untuk menaip menggunakan 'typewriter'.... gabra siott!!! yea lah aku cuma ada sijil komputer... aku tak pernah guna pun mendealah tu... tp aku ttp belagak cun.... akhirnya aku berjaya juga.... kenangan tu....

Dulu, kat  tempat keje aku cukup meriah dengan gelak tawa, gurau senda, semua orang cukup baik antara satu sama lain, walaupun msh ada juga yg berhati busuk.... adatlah kan...
tapi sekarang cukup sukar untuk mencari gurau senda itu..... mgkin banyak faktor yang mengekang untuk kembali pada situasi yg lama.....
Aku tersangat rindukan suasana yang dulu....

Kat sini juga aku dah jumpa mcm2 ragam manusia... manusia2 yg banyak membantu di saat susah senang bersama, manusia2 yang hanya mencari kita di saat derang perlukan bantuan. manusia2 yang tersangat sakit ati ngan kejayaan orang dan hanya sentiasa mencari silap orang.... alhamdulillah aku dah masak ngan sikap orang2 mcm nie.........

Bekerja di sini memberikan aku satu kepuasan yang tak ternilai......
dari segala segi.... buat yang sentiasa bersama ketika susah senang.... jasa kalian akan ku kenang sepanjang hayatku...

buat yang busuk hati, yang selalu kata2 aku kat belakang, selalu buat fitnah pasai aku.... Alhamdulillah.... kalian juga dah boleh rasa pembalasan tu dari Allah. Jika dulu kalian di atas n selalu kuarkan cite buruk2 pasal aku kat boss, tp hr nie tgoklah.... aku dah dapat ganjaran dari sikap busuk ati korang!!!!.. apa pun tima kasih jugak, sbb kalo x kerana skit ati ngan korang blm tentu aku jadi manusia yang kental!!!!(kental ke kentang?????) n dapat apa aku ada hari ni...

~PEACE N LUV 4 EVA~



♥♥@ku & di@



besday haku.......


anniversary @cinta kami

Daisypath Anniversary Years Ticker

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails